Kemelut dalam isu perlantikan Menteri Besar sekarang ternyata sudah sampai ketahap kritikal dimana semua pihak yang terlibat langsung tidak menunjukkan sifat kompromis dalam menyelesaikan situasi tersebut.
Malah apa yang jelas dilihat oleh penduduk Selangor adalah ketidaksefahaman bukan saja diantara parti PAS dan sekutunya PKR dan DAP; tetapi juga pergolakkan yang sedang berlaku didalam parti PAS itu sendiri.
Persoalan juga timbul apabila PKR dan DAP tidak berganjak dalam pendirian mereka terhadap isu pencalonan walaupun setelah mendapat titah daripada Sultan Selangor untuk memberikan baginda senarai nama nama sebagai pencalonan untuk kerusi tersebut.
Dipersimpangan inilah timbulnya pertaruhan diantara dua kuasa; sama ada hak memilih jawatan Menteri Besar itu jatuh ditangan rakyat yang diwakili oleh Pakatan Rakyat, ataupun Sultan yang sepatutnya tidak dikaitkan didalam hal hal politik negeri.
Apa yang penting bagi penduduk penduduk Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Beraja ini adalah sama ada titah Sultan Selangor untuk memohon nama nama tersebut selaras dengan perlembagaan negara di dalam tatacara pemilihan jawatan Menteri Besar.
Adakah reaksi Sultan ini menunjukan bahawa hanya Sultan negeri sahaja yang mempunyai hak mutlak untuk memilih sesiapa pun di kalangan Pakatan Rakyat untuk menjadi Menteri Besar dan bukanlah sebenarnya hak rakyat untuk membuat pilihan tersebut.
Soalan kedua adalah sama ada tindakan PAS yang sebelum ini telah menyerahkan hak mereka dalam pemilihan calon kepada Sultan secara tak langsung memberikan hak kuasa pemilihan Menteri Besar kepada Sultan.
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang undang
Kesetiaan kepada Raja dan negara.
Apa yang telah sedia termaktub harus dijadikan sebagai landasan dalam mencari penyelesaian yang kini menjadi kebimbangan seluruh rakyat Selangor.
Aidy Adnan