Ingatkan Mahathir lah yang hebat, bilamana beliau boleh membuat apa apa komen negatif pun terhadap bangsa Melayu ataupun rakyat Malaysia secara keseluruhan tanpa dikenakan apa apa hukuman.
Tetapi pada hakikatnya Presiden Perkasa, Ibrahim Ali lah yang paling dahsyat dan kebal disisi undang undang. Tindakkan beliau yang telah menghasut orang orang Melayu, malah mencabar akan membakar kitab Injil bahasa Melayu, kononnya untuk mempertahankan sanctity ugama Islam yang dikatakan cuba dimusnahkan dinegara ini oleh golongan bumiputera Kristian dengan penggunaan nama Allah.
Tindakkan kerajaan merestui tingkahlaku yang tidak beradab oleh Presiden puak Melayu supremacist itu, dengan mengatakan bahawa hasutan dan kata katanya itu dibenarkan, dan tidaklah dianggap sebagai satu kesalahan dari segi lunas undang undang negara, menyebabkan ramai yang tidak puas hati. Tambahan pula dengan alasan yang tidak munasabah, menunjukkan bahawa kerajaan BN ini dengan sewenang wenangnya boleh membuat apa saja tanpa menghiraukan pendapat rakyat ataupun sistem perundangan yang ternyata berat sebelah dinegara ini.
Adakah keputusan kerajaan ini menunjukkan hala tuju baru negara ini yang boleh disamakan dengan regim Zionist Israel, yang mana hanya meletakan prioritas kepada satu bangsa, satu ugama didalam satu semangat nasionalisma negara itu?
Hal ini mengingatkan saya pada satu insiden yang terjadi dizaman kegelapan Eropah dahulu, bilamana apabila Galileo mengatakan bahawa bumi ini sebenarnya bulat, dia dianggapkan telah membuat satu blasphemy atau perbuatan syirik kepada kerajaan pemerintahan Kristian ketika itu, yang masih belum memahami fakta fakta sains yang baru muncul, dan dikaji oleh ahli ahli bijak pandai.
Maka akhirnya Galileo sendiri telah dijatuhkan hukuman mati kerana cuba menyebarkan kenyataan bahawa bumi ini bulat, yang masih belum diterima akal oleh penduduk penduduk dan pihak pihak tertinggi penganut Kristian ketika itu.
Begitu jugalah dengan apa yang terjadi dinegara ini semasa krisis penggunaan Allah oleh bumiputera Kristian diSabah dan Sarawak. Umat Islam diSemenanjung tanahair merasa agak terkejut apabila isu ini mula dibangkitkan, walaupun orang orang Kristian disitu telah menggunakan Allah didalam kitab Injil bahasa Melayu mereka lebih dari satu abad lamanya, sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British lagi.
Umat Islam diMalaysia yang meletakkan Islam sebagai panduan dan prioritas melingkungi segala aspek cara hidup didunia ini merasakan, penggunakan Allah oleh penganut penganut ugama Kristian itu sebagai satu penghinaan terhadap daya pemikiran dan pengetahuan ugama mereka, kerana sejak dari kecil lagi mereka telah diajar oleh ustad ustad mereka bahawa Allah itu adalah nama Tuhan yang disembah oleh umat Islam, dan tidak difikirkan bahawa ianya juga digunakan oleh penganut ugama ugama lain.
Tambahan pula apabila didapati bahawa kebanyakkan ulama ulama dan religious scholars diseluruh dunia termasuk dinegara negara Arab sendiri yang mengatakan bahawa Allah itu adalah satu perkataan yang telah digunakan bukan saja oleh orang orang Islam, tetapi juga mereka yang berugama Kristian, Yahudi dan juga Sikh yang secara umumnya bermaksud Tuhan, yang satu, yang disembah didalam bahasa Arab.
Umat Islam dinegara ini yang meletakkan Allah dekat dihati mereka merasa terkilan dan tidak sanggup untuk menerima apa yang cuba difahamkan. Mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa ugama ugama lain pun telah menggunakan nama yang sekian lama dianggap paling suci untuk diri mereka.
Maka wujudlah satu perbalahan besar diantara dua ugama, dua pendapat, dipentas dunia dan dijaringan web. Kebanyakkan golongan Islam yang condong kearah liberalisma berpihak kepada bumiputra Kristian memandangkan bukti bukti jelas yang telah dihujahkan oleh scholar scholar Islam sedunia yang mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan kepada seluruh umat manusia dan bukan hanya terhad kepada umat Islam sahaja.
Malah isu ini telah dipolitikkan sehingga jelas mereka yang berpihak kepada kerajaan pemerintah yang keras berpendapat bahawa bumiputra bumiputra Kristian itu cuba untuk mengancam ugama Islam sebagai ugama rasmi negara, dengan mengelirukan umat Islam dengan Kitab Injil Bahasa Melayu mereka. Mereka juga meletakkan umat Islam yang tidak bersependapat dengan mereka sebagai pelindung orang orang kafir, tidak memahami ajaran ajaran Islam yang sebenarnya dan juga sebagai anti nasionalis, iaitu mereka yang tidak mengisahkan akan nasib bangsa sendiri.
Keputusan yang dibuat oleh Hakim Hakim perundangan negara ini dengan jelas menampilkan ketidakseimbangan dalam membuat keputusan malah sebenarnya tidak layak untuk membuat apa apa keputusan berkenaan hal hal ugama. Ternyata bahawa mereka telah meletakkan keutamaan lebih kepada sensitiviti, pemikiran dan kemahuan kerajaan Melayu dan penyokong penyokongnya. Jauh daripada realiti sebenar dan fahaman asas akan maksud kalimah Allah itu yang telah digunakan sebelum munculnya dunia Islam seperti yang ada sekarang.
Excerpt from the book No God But God by Resa Azlan
*Not only were many of the idols in the Ka‘ba associated with the planets and stars, but the legend that they totaled three hundred sixty in number suggests astral connotations. The seven circumambulations of the Ka‘ba—called tawaf in Arabic and still the primary ritual of the annual Hajj pilgrimage may have been intended to mimic the motion of the heavenly bodies
- They sing songs of worship and dance in front of the gods; they make sacrifices and pray for health. Then, in a remarkable ritual the origins of which are a mystery—the pilgrims gather as a group and rotate around the Ka‘ba seven times, some pausing to kiss each corner of the sanctuary before being captured and swept away again by the current of bodies.
- Paganism among the sedentary societies of Arabia had developed from its earlier and simpler manifestations into a complex form of neo-animism, providing a host of divine and semi-divine intermediaries who stood between the creator god and his creation.
- This creator god was called Allah, which is not a proper name but a contraction of the word al-ilah, meaning simply “the god.” Like his Greek counterpart, Zeus, Allah was originally an ancient rain/sky deity who had been elevated into the role of the supreme god of the pre-Islamic Arabs.
- Though a powerful deity to swear by, Allah's eminent status in the Arab pantheon rendered him, like most High Gods, beyond the supplications of ordinary people. Only in times of great peril would anyone bother consulting him. Otherwise, it was far more expedient to turn to the lesser, more accessible gods who acted as Allah's intercessors, the most powerful of whom were his three daugh-ters, Allat (“the goddess”), al-Uzza (“the mighty”), and Manat (the goddess of fate, whose name is probably derived from the Hebrew word mana, meaning “portion” or “share”). These divine mediators were not only represented in the Ka‘ba, they had their own individual shrines throughout the Arabian Peninsula: Allat in the city of T a'if; al-Uzza in Nakhlah; and Manat in Qudayd.
*Allah adalah satu perkataan bahasa Arab yang bermaksud Tuhan dan ianya telah digunakan oleh orang orang Arab sebelum munculnya ugama Islam. Mekah sebagai pusat ugama pre Islamic Arab ketika itu dipenuhi dengan tiga ratus enam puluh berhala mengelilingi kaabah yang mana setiap satunya adalah lambang ugama ugama yang dianuti oleh penduduk preIslamic Arab ketika itu. Allah adalah salah satu daripada deity yang dianggap sebagai High God ( rain/ sky ) atau yang paling besar dan salah satunya yang diletakkan didalam Kaabah oleh puak puak Quraish yang memerintah ketika itu. Tradisi puak puak yang dinamakan pagan ini seperti tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dan amalan chanting 'Tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah" yang dilakukan ratusan tahun sebelum munculnya Islam telah mempengaruhi adat adat ugama Islam yang diamalkan oleh penganut penganutnya sehingga kini.
- ringkasan yang dibuat adalah berasaskan penulisan No God But God oleh Resa Azlan
Bagi Ibrahim Ali yang mengatakan bahawa dia kononnya mempertahankan kesucian Islam kerana penggunaan Allah oleh bumiputera Kristian, adalah salah. Malah penggunaan Allah telah diamalkan lebih satu abad dimana tidak timbul apa apapun masaalah sehingga kini. Ternyata bahawa ianya adalah satu isu yang mana telah dipolitikkan oleh pihak pihak tertentu, demi untuk menampilkan tahap keIslaman diantara mereka, sambil menunjukkan sejauh mana kuasa yang mereka miliki itu demi untuk mempertahan sesuatu yang kononnya dianggapkan oleh mereka sebagai kebenaran.
Jesteru keputusan yang diambil oleh tiga hakim perundangan negara ini yang meletakkan soal penggunaan perkataan ini dengan mengecualikan fakta asas dan kebenaran yang dihujahkan oleh pakar pakar ugama Islam sedunia, dengan hanya memihakkan kepada pemikiran atau sensitivity orang Melayu Islam semenanjung sahaja, adalah bias dan salah. Mengapakah persoalan sensitiviti orang Kristian tidak pula pernah dipersoalkan? Malah ianya langsung tidak diendahkan oleh mereka.
Pihak perundangan yang juga mengambil keputusan tidak membenarkan perkataan perkataan tertentu yang disifatkan sebagai "sacred" kepada Melayu Islam, dan tidak boleh digunakan oleh golongan bukan Islam, adalah satu perundangan yang boleh disifatkan mempunyai ciri ciri Guiness Book of World Record, kerana ianya tidak pernah berlaku dimana mana negara Islam pun. Tambah lagi bila perkataan perkataan tersebut bukanlah perkataan yang berasal dari rumpun bahasa Melayu sendiri. Malah pihak Vatican Rome sendiri pun tidak pernah mengeluarkan fatwa fatwa yang menghalang non Kristian dari menggunakan apa apa pun perkataan yang digunakan oleh penganut Catholicism itu.
Mempertahankan Islam dengan cara membakar buku ugama lain juga adalah salah. Sebagai penganut ugama Islam adalah menjadi tanggungjawab untuk membantah tindakkan sedemikian. Berdiam diri hanyalah akan menunjukkan sokongan dan ketidakfahaman bukan saja didalam adab bangsa Melayu itu sendiri tetapi juga ciri ciri keIslaman sesaorang yang mengaku memegang teguh kepada prinsip agama Islam. Mufti mufti dan ulama ulama Melayu yang tidak dilihat menyuarakan tentangan mereka didalam soal ini hanya menunjukkan bagaimana pemikiran kebanyakkan orang orang Melayu yang berugama Islam dinegara ini yang telah dipengaruhi dan berubah kepada satu sifat perkauman dan sifat tidak menghormati bangsa dan ugama orang lain.
Tidak pernah ada kes kes yang menunjukkan bahawa adanya mana mana pihak yang cuba mangancam ugama Islam sebagai ugama persekutuan. Dimanakah logiknya sekira tiap tiap tahap pemerintahan yang diduduki oleh orang Melayu Islam daripada Menteri Besar sehinggalah ke Sultan Sultan Melayu itu boleh dikatakan menghadapi ancaman ugama Kristian? Ditambah pula dengan peratusan orang orang Islam yang melebihi 60% kepada 9.2% mereka yang berugama Kristian. Fikirlah sendiri. Dimanakah ancaman yang dikatakan itu? Malah apa yang dapat dilihat dinegara ini ialah orang orang Melayu sendiri yang telah banyak mencalarkan ugamanya dengan perbalahan diantara mereka. Ternyata ini menunjukkan bahawa pemerintah Persekutuan, yang telah menghalalkan kenyataan dan ancaman yang dibuat oleh Ibrahim Ali itu, adalah satu tindakkan yang salah, baik dari segi civil ataupun mengikut landasan ugama Islam.
Apa yang mendukacitakan lagi ialah, bagaimana kerajaan pemerintah Melayu ini menganggap bahawa penganut penganut ugama Islam dinegara ini sebagai mereka yang lemah akal dan akidahnya sehingga begitu mudah sekali untuk dikelirukan, yang mana akan bertukar kepercayaan kepada ugama Kristian sekiranya Allah dibiarkan diguna oleh penganut penganut ugama Kristian. Tindakkan mereka untuk menghadkan penggunaan Allah kepada orang Melayu Islam sahaja, adalah satu tindakkan yang telah memalukan dan menjatuhkan maruah negara ini dimata dunia.
Adalah menjadi tanggungjawab rakyat yang mempraktikkan ciri ciri demokratik dinegara ini untuk mempersoalkan tindakkan kerajaannya, sekira ianya didapati bercanggah dengan pemikiran yang logik yang bersasaskan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan sesaorang individu tersebut.
Keputusan yang dibuat oleh mereka yang memegang teraju kerajaan janganlah dianggap sebagai satu kebenaran semata mata, kerana ianya selalu dipengaruhi oleh faktor faktor kepentingan parti, hak hak kaum atau individu sehingga logik asas terhadap sesuatu isu itu hilang tetapi keputusan tetap diperkasakan disebabkan oleh kuasa yang dipegang.
Untuk mengatakan bahawa pendapat yang dituliskan ini sebagai satu omong kosong seorang yang terpengaruh dengan pemikiran liberalisma atau sekularisma, yang tidak memahami akan maksud nasionalisma atau kefahaman ugama Islam itu sendiri, juga diterima penuh dengan hati terbuka, dan sedia menghadapi apa apapun kritikan yang berasaskan fakta dan bukan cerita cerita dongeng diturunkan didalam mimpi, turun temurun kepada anak anak sulung, tujuh keturunan bangsa Melayu.
@aidyadnan