Thursday, March 12, 2015

GST: WHY NOW?

- GST Task Force yang ditubuhkan sebaik saja Najib mengumumkan keputusan untuk melaksanakan sistem GST dinegara ini sebenarnya bertujuan untuk memberi penerangan dengan lebih jelas berkenaan satu sistem cukai baru kepada penduduk dinegara ini. Namun apa yang jelas kelihatan ialah sehingga kini ramai yang masih lagi tidak memahami dengan sepenuhnya konsep sistem cukai ini, termasuklah mereka yang mewakili pihak Task Force ini sendiri. Malah jawapan jawapan yang diberikan oleh wakil UMNO dari badan Task Force ini telah gagal untuk menyakinkan pelajar pelajar diUniversiti Malaya tempoh hari akan sebab mengapa kerajaan perlu untuk melaksanakan sistem cukai GST ini.

- Dengan nilai matawang paling merosot dalam 7 tahun; dengan skandal kerajaan yang melibatkan jumlah wang berbilion ringgit; dengan kerugian yang bakal dialami oleh syarikat Petronas akibat jatuhnya harga minyak; dengan ramalan pengkaji ekonomi diWall Street yang tidak memberansangkan; dengan tidak kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan dan juga kerajaan yang memerintah, maka adalah tidak waras untuk melaksanakan sistem cukai ini yang nyata akan menaikkan bukan saja harga barangan malah kemarahan penduduk dinegara ini.

- Apa yang jelas ialah kerajaan dengan sikap terburu buru mereka dalam melaksanakan sistem GST ini hanyalah bertujuan untuk mengaut sebanyak mana yang boleh untuk menutup lubang lubang yang timbul akibat daripada kecuaian dan kelemahan mereka sendiri dalam mengimbangi dan menyelaraskan ekonomi negara ini.

- Mereka cuba pula untuk mengambil kesempatan daripada rakyat yang kebanyakannya kurang memahami dengan proses cukai ini dengan memberi contoh bahawa banyak negara negara lain yang turut menggunakan sistem ini. Namun mereka tidak menjelaskan dengan sepenuhnya bahawa negara negara terutamanya dirantauan Asia Tenggara ini sebenarnya telah lama melaksanakan sistem GST ini. Contohnya Indonesia pada tahun 1984, Thailand 1992, Singapura 1993, Filipina 1998, Cambodia 1999, Vietnam 1999 dan Laos 2009

- Kerajaan pemerintah juga sepatutnya telah menperletakkan sistem GST ini sejak dari dulu lagi kerana ianya lebih menguntungkan kerajaan dan juga lebih berkesan secara keseluruhannya sekiranya dibandingkan dengan sistem cukai SST yang diamalkan sekarang. Oleh itulah kita lihat kerajaan seperti Republik Indonesia yang mempunyai lebih ramai penduduknya dan peratus golongan "below the poverty level" yang tinggi telah mengamalkankan sistem ini sejak dari tahun 1984 lagi.

- Namun kerajaan Malaysia tidak memandang jauh seperti negara negara lain akibat daripada kekayaan baru yang dinikmatinya hasil daripada pengeluaran minyak pada ketika itu. Oleh kerana ekonomi negara yang agak stabil, tambahan pula dengan keuntungan yang diperolehi daripada industri cari gali minyak dan sebagainya, soal sistem cukai ini tidak dititik beratkan malah diketepikan sepenuhnya. Apa yang dipentingkan hanyalah untuk mempastikan supaya kerajaan Barisan Nasional yang memerintah akan senantiasa memegang kuasa pemerintahan. Oleh itu mempertahankan kuasa pula dijadikan satu prioritas terutamanya apabila Anuar Ibrahim dibebaskan dari penjara oleh Perdana Menteri Ahmad Badawi. -

to be continued