"By bringing these sedition charges against Mr. Rayer, the government is throwing respect for rights out the window and showing that it will use any excuse, any utterance, any act no matter how trivial to crack down on the parliamentary opposition."
Human Rights Watch
- Apa yang perlu kita fahami berkenaan dengan Akta Hasutan ini ialah ianya digunakan oleh Kerajaan British bermula pada tahun 1948 lagi untuk membenteras kegiatan komunis yang mula mempengaruhi penduduk di Malaya pada ketika itu.
- Akta Hasutan yang berasal dari zaman Raja Raja Inggeris sebelum ini hanya digunakan dengan tujuan untuk mempertahan kelompok kelompok tertentu sahaja contohnya aristokrat dan juga keluarga diRaja.
- Semasa jajahan British di Malaya, akta ini telah digunakan untuk menyenangkan pihak pemerintah menahan mereka yang disyaki berkait dengan pihak komunis tanpa memerlukan apa apa bukti yang jelas.
- Penahanan ini juga dianggap sebagai satu cara untuk mengelak ideologi komunis daripada mempengaruhi penduduk penduduk Melayu yang bakal mencetus keadaan huru hara dan ancaman terhadap pemerintahan kerajaan British di negara ini pada ketika itu.
- Persoalan utama yang timbul bagi pihak rakyat Malaysia yang prihatin dengan tatacara sistem berkerajaan ini adalah, sama ada ianya satu tindakan logikal bagi pihak kerajaan pemerintah yang berasaskan demokrasi ini untuk menggunakan akta yang sama terhadap ahli ahli parlimen nya sendiri?
- Adakah ianya dilihat sebagai satu tindakan bermoral dari sudut kerajaan pemerintah yang berasaskan demokrasi ini untuk menyamakan status ahli ahli pembidas parlimen ini dengan ahli ahli parti komunis yang dulu?
- Adakah nilai dan tanggungjawab mereka ini sebagai mewakili suara rakyat yang berasaskan prinsip berdemokrasi ini boleh dengan sewenang wenangnya diketepikan oleh kerajaan pemerintah?
- Adakah kerajaan pemerintah cuba untuk mencontohi dan mewujudkan kembali sikap sikap angkuh dan kejam sepertimana yang telah dipamerkan oleh kerajaan penjajah sebelum hadirnya kemerdekaan?