Wednesday, December 10, 2014

Kebenaran dalam soal Akta Hasutan dan Guantanamo Bay

Akhir-akhir ini timbul pula beberapa pendapat pro-akta hasutan yang cuba untuk menyangkal satu kenyataan yang dibuat oleh seorang diplomat Amerika Syarikat, yang mana agak hairan dengan sikap pemerintah negara ini yang telah membuat satu u-turn pada janjinya untuk tidak lagi menggunakan akta tersebut.

Ahli-ahli politik muda seperti Khairy Jamaluddin dan juga orang lama, Dr Mahathir dengan segera mengeluarkan pendapat mereka yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai hak dan tidak layak untuk membuat apa2 kenyataan pun terhadap akta hasutan yang digunakan dinegara ini, kerana mereka sendiri menggunakan akta yang sama keatas rakyatnya sendiri, seperti contoh mereka2 yang kini dipenjarakan diGuantanamo Bay.

Sememangnya sebahagian daripada kenyataan mereka ini boleh dianggapkan mempunyai sedikit kebenaran walaupun suaranya agak angkuh, namun apa yang tidak difahami (ataupun sengaja di"spin"kan) oleh Khairy dan juga Dr Mahathir ialah, mereka yang berada diGuantanamo Bay itu adalah orang2 luar yang dianggapkan sebagai tawanan perang dan bukannya rakyat Amerika sendiri. Dan mereka semuanya ditangkap kerna disyaki mempunyai kaitan ataupun terlibat dengan pihak2 terrorist yang mengancam keamanan dan keselamatan negara itu. Disebabkan oleh nature of the crime yang berunsur international itu, maka menghakimi sesaorang yang disyaki bersalah itu ternyatalah agak rumit, walaupun kerajaan Amerika Syarikat telah pun membebaskan ramai daripada mereka2 yang telah ditahan sehingga kini hanya tinggal lebih kurang 130 orang sahaja.

Tambahan pula, tidak ada seorang pun yang berkerakyatan Amerika Syarikat yang boleh ditahan tanpa sebab dengan sewenang-wenangnya dinegara itu, kerana ini adalah hak rakyat yang terjamin dibawah kontitusi mereka. Oleh itu untuk mengatakan bahawa Amerika Syarikat menggunakan satu akta yang bermiripkan akta hasutan keatas pelajar2 universitinya, ahli2 politiknya, peguam2nya, mereka2 yang membantah politik pemerintahnya, yang mana kesemua mereka ini dimasukkan keGuantanamo Bay adalah satu argument yang nyata tidak berasaskan faktor dan tidak boleh diguna-pakai untuk membalas kenyataan yang dibuat oleh diplomat itu.

Malangnya ramai rakyat Malaysia yang akan menyokong dan mempercayai kenyataan2 yang dibuat oleh kedua2 ahli politik ini, kerana merekalah yang dianggapkan sebagai bijak pandai dan tidak mungkinlah mereka ini akan membuat satu kenyataan yang tidak benar, hanya untuk mempertahankan sokongan mereka dalam mengekalkan satu akta yang memberikan sepenuh kuasa kepada pemerintah dan tidak langsung mementingkan hak hak rakyat.


@aidyadnan