Tuesday, December 16, 2014

Ucapan di Gettysburg oleh Presiden Lincoln 1863

Antara ucapan yang pernah dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, ucapan yang dibuat diakhir perang saudara inilah yang paling terkenal. Walaupun agak singkat tetapi ianya memberikan satu maksud yang mendalam akan cara pemikiran dan persepsi Presiden Lincoln terhadap peperangan, perjuangan, semangat nasionalisma, hak manusia ataupun hak rakyat didalam pembentukkan satu model kerajaan rakyat. 



Lapan puluh tujuh tahun yang lalu, bapa2 pengasas negara ini telah sama2 melahirkan disatu benua yang indah ini, sebuah negara yang baru, yang dibentuk berasaskan hak kebebasan manusia, yang mana menjunjung kepada satu asas kefahaman dimana setiap insan didunia ini adalah sama, mempunyai hak2 yang sama tanpa mengira warna kulitnya, bangsa, ugama maupun darah keturunan.


Malangnya apa yang terjadi kini adalah satu perang saudara, yang cuba untuk menguji pendirian mereka yang terlibat dalam pembentukkan dan arahtuju negara itu, dan melihat sejauh manakah ketabahan mereka ini dalam mempertahankan kefahaman yang telah dijadikan asas negara ini. Akhirnya kita telah dipertemukan disini, disatu padang, medan pertempuran yang terbesar, didalam perang saudara ini. Kedatangan kami disini adalah untuk memberi penghargaan dan menjadikan sebahagian daripada kawasan pertempuran ini sebagai tempat rehat terakhir pada mereka yang telah menyerahkan nyawa mereka demi untuk negara ini supaya terus hidup. Maka apa yang dapat dilihat berlaku pada hari ini amatlah bersesuaian dan sememangnya sesuatu yang amat wajar untuk kita lakukan.


Namun, dalam satu pengertian yang lebih besar, bukanlah bagi kita untuk membuat apa-apa dedikasi pun, ataupun mengabadikan ia, maupun menganggapkan tanah ini sebagai satu tanah keramat. Mereka yang telah bertempur dengan penuh keberanian, samada yang hidup maupun yang telah mati; yang telah memberikan segala-galanya didalam perjuangan mereka inilah yang telah memberikan maknanya yang tersendiri, terhadap padang pertempuran ini, jauh daripada kuasa kecil manusia seperti kita ini untuk menokok tambahkan ia.


Apa yang berlaku pada hari ini hanyalah satu nota kecil didunia ini, dan apa yang diperkatakan disini juga, kemungkinannya tidak akan diingati lagi dimasa akan datang. Namun apa yang telah berlaku disini, adalah sesuatu yang tidak akan mudah untuk dilupakan. Maka adalah pada kita yang masih hidup ini, disebaliknya, yang telah didedikasikan disini, iaitu suatu tugas yang masih lagi belum selesai, yang setakat mana telah diperjuangkan oleh perwira negara  ini, telahpun membawa kita jauh dalam mencapai matlamatnya.


Oleh itu ianya adalah kursus untuk kita disini, ditinggalkan satu tanggungjawab yang besar dihadapan kita, daripada mereka ini bagi kita untuk menambahkan lagi semangat kita untuk terus berjuang, sebagai satu tanda penghormatan kepada perjuangan mereka ini, yang telah memberikan kesetian penuh mereka sehinggalah hembusan nafas yang terakhir.


Maka disini, kita telah bertekad dan mengambil satu pendekatan dimana mereka yang telah mengorbankan nyawa mereka disini, tidaklah membuat satu pengorbanan yang sia-sia - bahawasanya negara ini - dibawah satu perlindungan Tuhan Yang Maha Esa - akan melahirkan satu pengertian baru akan maksudnya kebebasan - dimana satu kerajaan rakyat, yang dibina oleh rakyat, yang dibina untuk rakyat, tidak sekali-kali akan luput didunia ini.



Abraham Lincoln

November 19, 1863


Translation by @aidyadnan