Wednesday, November 12, 2014

Penindasan Dalam Isu Air Selangor



Isu perlantikan Menteri Besar Selangor telahpun berakhir dengan keputusan muktamad yang dibuat oleh sultan Selangor. Walaupun keputusan yang dibuat itu mengundang banyak persoalan dikalangan kebanyakkan rakyat berfikiran liberal diSelangor ini, tindakan untuk akur terhadap titah tuanku diambil sebagai jalan terbaik untuk menghentikan satu episod gelap didalam sejarah negeri Selangor ini.

Ramai dikalangan rakyat terutamanya diluar Selangor, yang tidak mengambil kisah akan hal tersebut, kerana ianya bukan lagi dikira sebagai satu berita yang "viral" untuk diperbincangkan atau menunjukkan dimana sokongan sesaorang itu. Namun apa yang berlaku perlu dikaji dan dibuat contoh terutamanya rakyat Selangor, kerana ianya jelas menunjukkan bagaimana pemerintah persekutuan dan raja negeri menggunakan kuasa mereka dalam mempengaruhi faktor faktor yang terlibat didalam satu proses sehinggalah matlamat yang dirancangkan oleh mereka itu tercapai.

Isu air ini mula menarik minat penulis apabila berlakunya krisis air dinegeri Selangor. Ianya secara langsung menimbulkan satu persoalan mengapa sesebuah negara maju yang mempunyai antara bangunan yang tertinggi didunia, struktur struktur canggih dan moden ditambah pula dengan cuaca khatulistiwa, yang agak kecil perubahannya, boleh mengalami satu krisis air yang berlanjutan sehingga sebulan lamanya. Tambahan pula apabila ianya berlaku di ibu negara Kuala Lumpur itu sendiri, yang dianggapkan sebagai "world class city" dimana ketiadaan air selama sebulan harus dilihat sebagai sesuatu perkara yang agak illogikal dan kurang berasas yang perlu dititikberatkan.

Ternyata pemerintah persekutuan telah lupa akan asal usul tamaddun manusia itu sendiri, yang mana bermula disebabkan oleh kemahiran mereka didalam proses irigasi, iaitu menyalurkan air daripada satu sumber, contohnya sungai ataupun tasik-tasik yang berdekatan kerumah-rumah diseluruh penduduk bandar ataupun kekawasan kawasan pertanian. Masaalah dan alasan yang diberikan oleh pihak konsessi air berikutan dengan kebocoran paip-paip air, kekurangan logi air untuk perawatan air, kesan daripada pencemaran sungai yang menyulitkan lagi proses dan sebagainya hanya menunjukkan prioritas pemerintah yang jahil, yang mempunyai pemikiran singkat akan maksud sebenar modenisasi. Dimanakah logiknya sekiranya baget yang berbillion setiap tahun itu, digunakan untuk membina banyak lagi bangunan bangunan besar, lapangan terbang yang serba lengkap dan moden, highway bertingkat yang besar dan beratus batu jaraknya, tanpa memikirkan apa yang menjadi kepentingan dan keperluan asas harian untuk kehidupan manusia, iaitu air. Bukanlah lebih baik sekiranya air yang disalurkan ke setiap rumah itu tidak perlu untuk ditapis ataupun dididihkan? Bukankah lebih baik sekiranya, dari awal lagi, struktur penyaluran air yang dikatakan berumur itu bersama dengan penjagaan sungai sungai dinegeri ini, diberikan kepentingan dan keutamaan yang lebih daripada projek projek yang hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk?

Keadaan seperti ini jugalah yang didapati berlaku semasa isu menteri besar mula bergolak. Ramai yang berpendapat bahawa PKR tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ataupun persoalan atas tujuan Anwar Ibrahim melakukan apa yang dikenali sebagai langkah Kajang. Memanglah menjadi kebiasaan rakyat dinegara ini, untuk menyokong sesuatu isu tanpa mengkaji akan keadaan sebenarnya yang berlaku. Kerana ianya memerlukan satu tabiat yang tidak ada dikalangan ramai rakyat dinegara ini, iaitu adat membaca dan juga menilaikan fakta fakta dari pelbagai sumber, yang menjadikan mereka mereka ini hanya memekik sana , memekik sini tanpa sebab, bagaikan monyet nak kena himpap.

Tetapi untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan isu ini, perlulah kita memahami apa yang sebenarnya berlaku kepada "star" didalam isu perjanjian air ini, iaitu saudagar Khalid Ibrahim, yang tidak akan dibicarakan dengan sepenuhnya disini. Apa yang penting adalah meneliti akan perjanjian itu sendiri, yang telah bermula dari tahun lepas lagi. Sehinggalah ia ditandatangani oleh Kerajaan Selangor bersama sama tiga syarikat konsesi air, yang diwakili oleh rakan rakan baik BN, yang bernilai RM30 Billion, satu jumlah besar yang ketara perbezaannya daripada bermulanya perjanjian ini yang telah cuba dielakkan oleh pihak Pakatan Rakyat dari awal lagi. Perlu juga dimaklumkan disini bahawa nilai RM30 Billion ini adalah hadiah terima kasih saudagar Khalid Ibrahim kepada seluruh rakyat Selangor kerana telah menghulur tangan bersama-sama dalam menyelesaikan masaalah kewangan beliau.

Apa yang menjadi isu sekarang, ialah perjanjian yang ditandatangani oleh kedua dua pihak itu, yang tidak boleh dilihat oleh pihak umum, kerana persetujuan yang telah dibuat oleh kedua dua pihak ini yangmana meletakkan agreement tersebut dibawah naungan Official Secret Act 1973. Inilah antara sebab sebab, betapa senangnya bagi pihak pemerintah untuk berlaku curang, terutamanya didalam penggunaan dana rakyat, tanpa perlu untuk memberikan butiran terperinci didalam apa apa pun perjanjian yang dibuat. Tabiat tindakan tidak telus pentadbiran pemerintah ini, mengakibatkan hasil keuntungan negara ini diperkosakan tanpa henti, manakala rakyat yang kebanyakannya buta matanya, hanya berdiam, bagaikan memberi restu supaya keadaan ini berleluasa dan berterusan.

Berikut adalah butiran berkenaan dengan perjanjian air yang dilihat dari sudut PKR dan PR yang mempunyai "direct involment" didalam isu ini.



URUSNIAGA PENSTRUKTURAN AIR YANG DILIHAT MERUGIKAN KERAJAAN SELANGOR[22]

Perbezaan pendapat mengenai pendekatan Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim merundingkan urusniaga penstrukturan air ini berkisar kepada 3 perkara pokok:

  1. Apa kaedah nilaian untuk menilai bayaran/pampasan yang adil kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi agar syarikat-syarikat ini menyerahkan aset mereka kepada Kerajaan Selangor dalam satu urusniaga suka sama suka (willing buyer willing seller)
  2. Berapakah jumlah bayaran yang adil kepada setiap syarikat konsesi dan dari mana wang ini boleh diperolehi untuk membayar setiap syarikat konsesi 
  3. Apakah terma-terma perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan yang adil kepada rakyat Selangor untuk mengelakkan perjanjian konsesi yang membebankan rakyat dalam jangka masa panjang seperti yang ada sekarang 
  4. Apakah kewajaran membayar pampasan yang begitu tinggi kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi kerana dasar KEADILAN dan Pakatan Rakyat menentang penggunaan wang rakyat untuk mengkayakan kroni atas nama penswastaan. 

MOU yang ditandatangani tidak pun menjamin penstrukturan air dapat dijalankan di bawah kawalan Kerajaan Selangor seperti yang dimandatkan oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sejak dari awal, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memilih untuk menggunakan pendekatan korporat (ala board room deals) untuk menyelesaikan penstrukturan ini walaupun beliau tahu ada kepentingan politik di belakang syarikat-syarikat pemegang konsesi utama iaitu Puncak Niaga dan Syabas yang dimiliki dan dikawal oleh Tan Sri Rozalli Ismail. Beliau tidak mahu menggunakan tekanan awam (public pressure) sebagai salah satu pendekatan untuk mendapatkan persetujuan dari syarikat-syarikat pemegang konsesi sedangkan umum mengetahui hubungkait syarikat ini dengan Umno dan Barisan Nasional.

Akibatnya, rundingan berlanjutan dan seringkali menemui kebuntuan. Pada masa yang sama, masalah bekalan air yang sering terganggu di Selangor dan Lembah Klang menjadi senjata utama terhadap Pakatan Rakyat yang dimainkan secara berterusan oleh Barisan Nasional.

Pentadbiran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya membuat tawaran akhir kepada pemegang-pemegang konsesi dalam Februari 2013. Tawaran kepada pemegang konsesi swasta adalah seperti berikut:



Tawaran ini ditolak oleh Puncak Niaga dan Syabas walaupun dipersetujui oleh syarikat pemegang konsesi yang lain. Menjelang akhir 2013, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengubahsuai tawaran asal yang dibuat dalam Februari 2013 agar lebih menguntungkan Syabas dan Puncak Niaga.

Dalam tawaran akhir yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan melalui MOU penstrukturan air, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah menaikkan bayaran pampasan keuntungan kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Puncak Niaga dan Syabas yang dikawal oleh beliau) sebanyak RM568 juta.

Pada masa yang sama, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah memotong nilaian terhadap satu lagi pemegang konsesi iaitu Splash (yang beliau sendiri muktamadkan beberapa bulan sebelum itu) sebanyak sekitar RM2 bilion, dipercayai untuk memastikan harga keseluruhan tawaran kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi tidak terlalu jauh dari jumlah yang pernah diumumkan beliau walaupun beliau telah menaikkan jumlah pampasan kepada Puncak Niaga dan Syabas.

Maka, tawaran akhir yang ditandatangani oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan mengikut MOU penstrukturan air pada 26 Februari 2014 adalah seperti berikut:



Selain dari pertikaian mengenai nilaian pampasan kepada syarikat-syarikat pampasan, MOU (Memorandum of understanding) yang ditandatangani oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim secara tergesa-gesa tanpa mendapat kelulusan parti dan tidak dibentangkan di mesyuarat EXCO juga mengundang kontroversi kerana dilihat berat sebelah.

Mengambil kira kesemua isu-isu ini, pimpinan KEADILAN merumuskan bahawa ada isu-isu penting bersabit penstrukturan air yang menyentuh soal prinsip perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat yang perlu dijawab oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti berikut:

Jumlah keseluruhan yang akan dibayar oleh Kerajaan Selangor untuk membeli pemegang konsesi akan ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Selangor. Lebih tinggi harga tawaran, lebih tinggi kadar tarif air di masa hadapan. Tanggungjawab Kerajaan Selangor adalah memastikan harga yang paling rendah untuk memastikan kadar tarif air yang berpatutan di masa hadapan.

Tawaran yang dibuat oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bermakna bukan sahaja pemegang-pemegang konsesi akan dibebaskan dari tanggungjawab membayar hutang mereka (kerana hutang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan dibayar oleh Kerajaan Negeri secara ansuran tahunan), mereka juga diberi pampasan yang tinggi sebagai “pampasan keuntungan”.

Tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menaikkan secara tiba-tiba pampasan keuntungan kepada Tan Sri Rozalli Ismail sebanyak RM568 juta untuk mendapatkan persetujuan kroni Umno itu mengundang syak wasangka dan memangsakan rakyat.

Apatah lagi apabila nilaian syarikat-syarikat milik Tan Sri Rozalli Ismail itu menunjukkan nilai aset bersih (aset dan keuntungan ditolak hutang) adalah negatif sekiranya syarikat itu dinilai secara amalan biasa (berdasarkan aset dan hutang). Malah, sebelum ini pun dalam tahun 2011 Syabas dan Puncak Niaga telah pun diselamatkan menggunakan wang rakyat oleh Kerajaan Persekutuan apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih bon-bon hutangnya (dan pemegang konsesi yang lain) yang melibatkan RM6.5 bilion dana awam[23] setelah syarikat-syarikat itu dijangka gagal membayar ansuran hutang yang dijadualkan kepada pemegang bon.

Pendirian Pakatan Rakyat pada ketika itu[24] adalah syarikat pemegang konsesi yang tidak mempunyai aliran tunai yang baik untuk membayar ansuran hutang mereka seperti Syabas dan Puncak Niaga tidak wajar diselamatkan kerana tekanan untuk membayar hutang itu akan memudahkan Kerajaan Selangor merundingkan harga tawaran yang munasabah.

Jika tidak kerana tindakan Kerajaan Persekutuan menyelamatkan Syabas dan Puncak Niaga dalam tahun 2011, syarikat-syarikat ini telah pun muflis dan boleh diambilalih dengan lebih mudah bagi tujuan penstrukturan air.
Oleh sebab itulah, keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menaikkan bayaran pampasan sehingga RM568 juta dan menjadikan pampasan keseluruhan sebanyak RM1,638 juta dikira bertentangan dengan prinsip perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Pada pandangan pimpinan KEADILAN, membayar pampasan keuntungan sebanyak RM1,638 juta kepada kroni bagi syarikat yang hampir muflis tidaklah berbeza dengan tindakan-tindakan BN dalam siri bail out seperti menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli, membayar pampasan yang lebih tinggi kepada Mirzan Mahathir dan lain-lain yang selama ini ditentang KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Umum mengetahui bahawa MOU itu adalah berat sebelah dan hanya mengikat di sisi undang-undang Kerajaan Selangor sedangkan komitmen Kerajaan Persekutuan tidak diikat. Kerajaan Persekutuan berjaya mendapatkan kelulusan Kerajaan Selangor untuk meneruskan Projek Langat 2 dan memperolehi bayaran pampasan yang lumayan kepada Syabas dan Puncak Niaga.

Sebaliknya, selepas ditandatangani Kerajaan Selangor tersasar dari tempoh masa yang diumumkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri untuk menyempurnakan pengambilalihan semua pemegang konsesi kerana keengganan Kerajaan Persekutuan memenuhi komitmen yang dinyatakan secara longgar di dalam MOU untuk menggunakan kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah akta untuk mengambilalih pemegang-pemegang konsesi yang enggan menerima tawaran.

Sehingga kini iaitu 5 bulan selepas MOU ditandatangani dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di kaca televisyen memberi gambaran beliau lebih selesa berurusan dengan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah air rakyat berbanding Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan KEADILAN yang mempersoalkan kandungan MOU, Kerajaan Persekutuan masih enggan menggunakan kuasanya mengambilalih pemegang konsesi yang menolak tawaran Kerajaan Selangor.

Ini bermakna, walaupun kelulusan Projek Langat 2 telah diberikan, status penstrukturan air yang diusahakan Kerajaan Selangor seperti yang dimandatkan oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat masih berada di takuk yang sama.

Pada 1 Ogos 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi membelakangkan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat apabila beliau menandatangani pula perjanjian induk (heads of agreement) dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperincikan lagi perjanjian-perjanjian berkenaan penstrukturan air yang dibuat di dalam MOU.

Rumusan terma-terma utama yang diedarkan oleh Raja Idris Kamaruddin (Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan orang kanan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam rundingan penstrukturan air) kepada beberapa orang pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS[25] pada 2 Ogos 2014 menunjukkan bahawa perjanjian yang ditandatangani itu masih belum mengikat Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan kuasanya mengambilalih pemegang konsesi yang menolak tawaran Kerajaan Selangor.

Oleh itu, pimpinan KEADILAN percaya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa beliau secara berterusan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak pun menyelesaikan masalah air di Selangor tetapi memberi kelebihan kepada Kerajaan Persekutuan sahaja.



to be continued