Saturday, September 19, 2015

Consumption (Konsumsi)

Pengacara: Mari kita berbincang sedikit mengenai keseluruhan konsep penumbuhan dan juga pembangunan ekonomi dinegara ini. Telah didapati bahawa Amerika Syarikat, yang terdiri dari 5% penduduk dunia, didapati menggunakan lebih daripada 40% daripada segala sumber-alam yang ada di dunia ini. Ternyata bahawa anda tidak perlu untuk menjadi seorang pemenang Hadiah Nobel, ataupun seorang genius untuk memikirkan akan kesan kesaannya akibat daripada situasi sebegini.
Noam Chomsky: Sebenarnya kebanyakkan daripada apa yang kita fikirkan sebagai "consumption" (pengunaan) ini bolehlah dianggapkan sebagai "artificially induced consumption". Sesuatu yang sengaja diada-adakan. Sesuatu yang direka. Ianya bukanlah consumption ataupun penggunaan yang mempunyai nilai nilai yang berkait dengan kehendak sebenar rakyat. Sejumlah besar daripada propaganda perniagaan, termasuklah apa yang dikeluarkan oleh industri public relations, industri pengiklanan dan sebagainya, adalah semata-mata satu usaha untuk mewujudkan satu keinginan ataupun kemahuan pada pihak pengguna. Ianya adalah satu ideologi yang difahami sejak dari dulu lagi, bermulanya dari Revolusi Perindustrian itu sendiri. Ramai dikalangan pengguna yang terpengaruh dengan propaganda perniagaan ini. Besar kemungkinan hidup mereka akan bertambah baik sekiranya mereka tidak memiliki kebanyakkan daripada barang barang yang mereka kini anggapkan sebagai satu "keperluan" itu. Selain itu, consumption secara berlebih-lebihan adalah satu cara hidup yang terbukti tidak sihat.
Consumption itu juga adalah satu perbuatan yang lebih cenderung kepada mereka mereka yang berduit. Oleh itu jelas lah bahawa ianya lebih menjurus kearah kemewahan, sesuatu aktiviti untuk orang kaya dan bukanlah satu keperluan bagi mereka yang terdiri dikalangan orang miskin. Perkara ini bukanlah satu perkara yang hanya dapat dilihat berlaku di Amerika Syarikat sahaja malah ianya berlaku diskala global, yang mana membawa kepada angka angka yang kamu sebutkan tadi. Ternyatalah negara-negara yang lebih kaya mempunyai peratus pengguna yang lebih tinggi dan selalunya golongan orang kayalah yang menjadi "consumer" yang paling utama. Dan kebanyakkan daripada "consumption ini adalah sepertimana yang saya sebutkan tadi, "artificially induced" yang tidak langsung berkait dengan kehendak ataupun keperluan asas yang sebenarnya untuk rakyat. Didalam jangkamasa panjang ianya boleh menimbulkan satu keadaan yang memudaratkan.
Ternyatalah bahawa ianya adalah satu anggapan yang salah sekiranya ukuran kesihatan ekonomi sesebuah negara itu diukur hanya dari segi keuntungan kewangannya sahaja, kerana apa yang lebih penting pada kesihatan ekonomi sesebuah negara itu adalah kesannya terhadap masyarakat secara keseluruhannya.

AA