Saturday, September 26, 2015

Perubahan ke Ekonomi Berdasarkan Keperluan dan Merit

- Antara masaalah yang selalu diperdebatkan apabila menyoalkan akan dasar ekonomi negara ini adalah ketidakseimbangannya didalam pengagihan hasil kekayaan negara terhadap rakyatnya yang berbilang kaum.

- Ianya juga adalah antara faktor utama yang dapat dihat kini telah memecah belahkan kaum dan secara langsung menghindar akan progres ekonomi negara ini.

- Dasar Ekonomi Baru (NEP) yang mula diperkenalkan pada tahun 1971 pada asasnya adalah satu langkah kecemasan yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara orang Melayu dan kaum Cina, termasuklah mengagihkan pencapaian hakmilik kuasa ekonomi bumiputera ketahap 30 peratus didalam satu jangkamasa yang ditetapkan, iaitu 20 tahun.

- Ianya juga pada asasnya satu sistem kuota bertujuan untuk menghasilkan satu kuantiti yang terbesar dalam satu masa yang singkat.

- Tun Abdul Razak Hussein termasuklah timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman, kedua dua pemimpin yang bertanggungjawab mengasaskan perancangan Dasar Ekonomi Baru ini telah memberikan amaran bahawa akan timbulnya satu masaalah besar sekiranya sistem "kecemasan" ini dilanjutkan melebihi tempohnya iaitu 20 tahun, yang mana sepatutnya berakhir pada tahun 1990an.

- Bukankah lebih baik sekiranya negara ini beralih terus kesatu dasar sosial yang berasaskan pendapatan, dimana sekiranya bantuan diperlukan kepada satu golongan termiskin, maka seharusnya usaha itu ditumpukan kepada mereka yang terbabit. Tidaklah kepada satu golongan miskin kaum bumiputera sahaja yang diberikan layanan istimewa dan tidak kepada golongan miskin kaum Cina ataupun kaum India.

- Ini termasuklah dasar social yang berasaskan merit, dimana biasiswa diberikan kepada mereka yang mendapat keputusan yang terbaik sahaja tanpa mengira kaum. Tidak sepertimana yang dihat sekarang dimana terdapat segolongan pelajar Cina yang menghadapi masaalah untuk masuk ke universiti universiti tempatan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.

- Kegagalan untuk memperkenalkan dasar-dasar ekonomi berdasarkan tahap pendapatan dan juga merit inilah yang akan melemahkan lagi ekonomi negara, terutamanya bila dilihat berlakunya pengaliran keluar pakar (brain drain) dan juga modal (capital flight).

- Terdapat lima langkah utama yang perlu diambil untuk mengurangkan ketegangan antara kaum termasuklah penjanaan pertumbuhan ekonomi dinegara ini.

- Ianya adalah dengan meletakkan dasar-dasar berasaskan keperluan dan amalan berasaskan merit untuk menggantikan dasar-dasar berasaskan kaum, menghapuskan sistem persekolahan yang berasaskan kaum, membebaskan pasaran (freeing the market) untuk meningkatkan daya saing negara dan akhirnya meningkatkan lagi prestasi pentadbiran terutamanya dijabatan jabatan kerajaan.

- Walaupun secara teknikalnya NEP ini sepatutnya ditamatkan pada tahun 1990, masih banyak dasar dasar yang berasaskan NEP ini yang terus dikuatkuasakan dan secara langsung telah berkembang, menyebabkan bertambahnya rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Bumiputera, yang menganggapkan bahawa ianya menafikan mereka akan peluang yang sama.

- Setahun selepas menjawat jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan New Economic Model (NEM) pada 30 Mac, 2010, kononnya untuk menjanakan dua kali ganda pendapatan negara per kapita di tahun 2020 kepada kira-kira AS15,000 (RM49,500).

Tiga tema yang menjadi dasar NEM ini adalah "pendapatan tinggi, kemampanan dan keterangkuman". Sebagai Perdana Menteri, beliau turut menekankan akan keperluan untuk mengurangkan jurang fiskal di antara golongan kaya dan miskin tanpa bergantung kepada dasar-dasar tindakan afirmatif seperti yang berlaku didalam NEP.

- Namun ramai pengkritik sosial yang melihatkan NEM ini sebagai satu sistem yang sama, yang mana tidaklah ada bezanya dengan NEP, hanya namanya sahaja yang diitukarkan.

- Pada 14 September 2013, Najib mengumumkan pula Agenda Bumiputera Baru yang akan menawarkan lebih RM30 bilion, didalam bentuk bantuan dan juga kontrak kepada komuniti bumiputera - jelas, ianya satu kesinambungan sistem tindakan afirmatif NEP seperti yang telah dijanjikan beliau akan dihapuskan di bawah NEM.