Monday, September 21, 2015

Tahniah Tapi Mana Tudung?

Kritikan terhadap seorang pelajar wanita terbaik, berkait dengan soal hijab baru baru ini, hanya menunjukkan bahawa masih terdapat ramai orang orang Islam dinegara ini yang begitu cetek sekali akal pemikirannya. Mereka ini masih lagi tidak sedar dan menganggapkan kononnya pendidikan dan pengetahuan dalam hal hal keugamaan sahaja sudah mencukupi, untuk menaikkan balik taraf umat Islam yang telah hancur dizaman sekarang. Lupakah mereka bahawa zaman kegemilangan Islam yang bermula dengan Nabi Muhamad saw ke khalifah Al Rashidun sehinggalah keempayar besar Ottoman adalah disebabkan mereka pada ketika itu mempunyai antara tentera yang terbaik, termasuklah peralatan dan senjata perang yang termoden sekali didunia.

Melalui Konstantinople juga orang Islam menjadi bertambah pintar didalam bidang perdagangan dan hal hal kewangan. Ini termasuklah soal pendidikan, terutamanya dimasa pemerintahan Ummayad dan Abbasid dimana ahli bijak pandai Islam mula menterjemahkan segala ilmu ilmu yang asalnya dari Greek, Rom, Farsi dan Cina ke bahasa Arab. Mereka juga telah menghasilkan ahli sains, pakar perubatan, ahli falsafah seperti Ibn Sina, ahli mathematik dan juga sastera yang telah menaikkan taraf umat Islam ke satu tamadun tertinggi selama lebih 6 abad lamanya. Sesuatu yang pasti tidak lagi akan berlaku kepada umat yang sentiasa berpecah belah ini.


AA