Sunday, September 7, 2014

Kenyataan TG Hadi Awang terhadap DS W. Azizah hanya menunjukkan kelemahan beliau sendiri.




TG Abdul Hadi Awang ternyata tidak memahami akan konsep atau istilah berPakatan dan tidak langsung menghormati malah memperlekehkan pula kepimpinan tertinggi PKR didalam ceramah beliau ini. Sekiranya beliau tidak setuju dengan perlantikan DS Wan Azizah sebagai MB atas sebab tidak layak, bukankah lebih baik sekiranya isu tersebut dibentangkan bersama PKR dan DAP? Perlu di peringatkan bahawa beliau sendiri yang telah bersetuju dengan pemilihan calon MB sebelum ini, tetapi nampaknya telah bertukar fikiran dan terus membuat kenyataan umum tanpa memikirkan kesan besarnya, bukan saja terhadap kedudukan PAS dalam gabungan yang melibatkan parti DAP dan juga PKR, malah persepsi pengundi pengundi Pakatan Rakyat terhadap pengkhianatan yang telah beliau lakukan ini. 

Ternyata bahawa beliau juga kurang arif tentang sistem demokrasi beraja*, yang mana pemilihan Menteri Besar dipilih dan dipersetujui oleh wakil parti pemerintah dan bukan dari pihak Istana. Sikap PAS memberikan hak memilih kepada Sultan adalah amat bercanggah dengan sistem demokrasi ini yang bertujuan memberi kepentingan terhadap suara rakyat dalam soal pemilihan jawatan Menteri Besar. Ini jelas menunjukkan kelemahan beliau sebagai pemimpin yang tidak menitikberatkan hak pengundi, angkuh dan tidak memiliki dan menghargai sikap setiakawan, apatah lagi sebagai contoh tatacara seorang pemimpin parti berlandaskan Islam, yang sepatutnya dihormati.


The request for the names of multiple candidates is out of the ordinary in a democratic nation with a constitutional monarchy. The accepted understanding under such a system of government is that the monarch’s role in appointment is ceremonial, as in say Great Britain or the Netherlands.

“The role of the Sultan is a formal one, a very ceremonial role. Just hand over the appointment letter, as simple as that. And let the government do its business.” Professor Abdul Aziz Bari 

"Legal opinion written by former Lord President Raja Azlan Shah (who later became Sultan of Perak): “When the party which obtains the majority of seats … decides to nominate one of its members of the assembly for appointment as mentri besar,... the Ruler has no choice but to appoint him.” Professor Shad Salim Faruqi


AA