Thursday, October 22, 2015

Pandikar: Benteng Pertahanan Kerajaan Najib.


• Parlimen negara ini pada dasarnya hanyalah satu pentas lakunan, yang mana digunakan sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah demi untuk menampakkan diri mereka ini, dimata dunia, kononnya sebagai sebuah kerajaan yang benar benar mengamalkan tatacara demokrasi dinegara kita ini.
•  Apa yang benar dan dapat dilihat, dengan hati yang rasional, adalah satu situasi dimana speaker parlimen itu sendiri, dengan nyata, dari segala tindakan yang telah diambil oleh beliau, menonjolkan akan satu sikap  yang bersifat bias, yang mana selalunya didapati akan memihak hanya kepada pihak pemerintah.
• Malah situasi ini dapat dilihat jelas sekali apabila segala isu isu penting yang diusulkan oleh pememerintah, terutamanya hal hal yang berkait dengan hak ataupun ekonomi rakyat, seperti Sosma, Akta Hasutan, GST dan sebagainya, yang begitu senang sekali dilihat akan laluannya kearah menjadi satu perundangan atau perlembagaan yang perlu untuk dilaksanakan.
• Berbeza pula kepada usul usul yang dilihat boleh menampakkan akan salahlaku kerajaan, terutamanya perkara perkara yara bersabit dengan  skandal 1MDB. Satu skandal yang amat memalukan, yang kini sedang hangat diperbincangkan bukan hanya dinegara kita sahaja tetapi juga diseluruh dunia. Disebabkan kes ini melibatkan seorang perdana menteri, segala bentuk persoalan yang berkait dengan 1MDB akan sedaya upaya disekat dengan menggunakan benteng utama pertahanan kerajaan, iaitu speaker parlimen itu sendiri. Ternyatalah bahawa fungsi speaker ini pada dasarnya adalah sebagai  satu watak didalam satu lakonan demokrasi kerajaan yang sebenarnya memerintah secara autoritarisme.
• Malah tindakan tindakan kerajaan yang seumpama inilah, yang bukan hanya terhad berlaku diparlimen sahaja, yang sebenarnya, telah menjadi antara batu penghalang yang terbesar negara ini, kearah memupuk satu sistem kerajaan demokratik yang adil, yang bercirikan Islam dan berasaskan kuasa rakyat. 

-  AA

Tuesday, October 20, 2015

Tindakan Kerajaan Menyalahgunakan Sosma.

DILAPORKAN bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Mathhias Chang telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma kerana disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan. Kemudian, dilaporkan juga kedua-dua mereka telah didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Seksyen 124K adalah kesalahan 'sabotaj' manakala 124L adalah percubaan untuk melakukan sabotaj. 'Sabotaj' ditakrifkan, antara lain, sebagai apa tindakan yang diniatkan untuk membawa kemudaratan
kepada perkhidmatan penting.
perkhidmatan penting.

*Perlu ditekankan bahawa Sosma bukanlah undang-undang yang memperuntukkan kesalahan. Seseorang itu tidak didakwa melakukan kesalahan di bawah Sosma. Sosma adalah undang-undang yang memperuntukkan prosedur, kaedah keterangan dan kuasa pihak berkuasa apabila ia berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai 'kesalahan keselamatan'*.

'Kesalahan keselamatan' mengikut Sosma termasuklah kesalahan-kesalahan di bawah Bahagian VI Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan-kesalahan terhadap negara. Antara kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah bahagian ini termasuklah 124L dan 12N Kanun Keseksaan.

Apabila seseorang itu disiasat di bawah kesalahan-kesalahan ini, Sosma akan diguna pakai. Sosma, antara lain, memperuntukkan bahawa sesiapa yang didakwa di bawah suatu kesalahan keselamatan seperti Seksyen 124L, orang tersebut tidak boleh diikat jamin. Dia harus direman sehingga keputusan mahkamah.

Di bawah Sosma terdapat prosedur dan kaedah-kaedah keterangan yang berbeza jika dibandingkan dengan bicara jenayah yang biasa.

Semasa Sosma dan Seksyen 124K dan 124L dibentangkan di Parlimen pada 2012, Bar Malaysia dan masyarakat madani membangkitkan kebimbangan berkenaan dengan rang undang-undang tersebut.

Walaupun ia dipakej sebagai undang-undang menentang terrorisme, kesalahan-kesalahan seperti Seksyen 124B melangkaui kesalahan-kesalahan berkenaan dengan terrorisme. Bar Malaysia, pada ketika itu telah menyuarakan pendirian bahawa kesalahan ini mungkin digunakan untuk menyekat penentangan dan perbezaan pendapat. Sekiranya perlu digubal undang-undang, ia hanya terhad kepada kegiatan-kegiatan yang melibatkan keganasan sahaja.

Tetapi Parlimen pada ketika itu tetap meluluskan Sosma dan undang-undang lain. *Kerajaan memberi jaminan bahawa tidak seperti ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri*.

Jaminan yang sama diberikan semasa Akta Pencegahan Keganasan atau Pota dibentangkan di Parlimen awal tahun ini.

Malangnya, selepas tiga tahun Sosma digubal, kita telah melihat bagaimana Sosma telah digunakan terhadap dua orang atas sebab-sebab yang menimbulkan begitu banyak persoalan. Menurut pertuduhan, keduanya telah 'cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara' di beberapa lokasi di seluruh dunia. Pertuduhan ini merujuk kepada laporan yang difailkan terhadap syarikat 1MDB yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin dan ditemani oleh Mathhias Chang sebagai peguamnya.

Bagaimana laporan-laporan ini boleh menjurus kepada memudaratkan terhadap perkhidmatan tersebut, walhal ia adalah berkenaan dengan sebuah syarikat? Membuat aduan terhadap entiti korporat tidak boleh disamakan dengan sesuatu kesalahan terhadap negara.

Inilah masalahnya apabila undang-undang digubal yang memberi kuasa luas kepada pihak berkuasa, tanpa perlindungan-perlindungan yang mencukupi. Ia boleh disalahgunakan. Kita pernah lihat dengan ISA, kini kita lihat pula dengan Sosma.

Pada masa hadapan, adakah kita juga akan lihat perkara sama dengan Pota?

Semasa Sosma diluluskan, kebimbangan Bar Malaysia dan masyarakat madani tidak diendahkan. Dikatakan bahawa kami pro-pembangkang, tidak menyokong usaha untuk memerangi terrorisme dan tidak memikirkan keselamatan negara.

Nampaknya kini ada ahli parlimen yang sedar betapa undang-undang seperti Sosma dan lain-lain boleh disalah guna. Walaupun ada antara mereka yang sendiri telah mengundi di Parlimen untuk luluskan undang-undang tersebut. Lambat tidak mengapa.

Asalkan sedar akhirnya.

Diharapkan pada masa hadapan, sebelum ahli parlimen luluskan undang-undang yang beri kuasa luas kepada pihak berkuasa, mereka ingat apa yang berlaku dengan Sosma.

Shahredzan b Johan

* Penulis adaalah seorang peguam di sebuah firma di Kuala Lumpur

Saturday, October 17, 2015

Johor Jangan Jadi Bodoh


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/10/16/tmj-johor-has-every-right-to-secede-if-terms-are-breached/

  - Maka perlulah bagi TMJ untuk menghuraikan lebih lanjut lagi akan perjanjian yg disebutkan itu,  kerana perlu untuk diperingatkan  bahawa hak untuk "keluar" dari Malaysia tidak lagi berada ditangan raja Johor sahaja, apabila negara ini ditubuhkan.
- Pada mulanya memanglah terdapat perjanjian yg menggabungkan kesemua negeri negeri di Tanah Melayu ini untuk menjadi satu Persekutuan Tanah Melayu, dimana hak setiap negeri itu masih dipegang oleh raja raja Melayu.
  - Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan kesemua perjanjian yg dibuat sebelum itu telah **dibatalkan**.
  - Sebab itulah raja raja Melayu dipilih diantara mereka, selang empat tahun, untuk menduduki tahta tertinggi negara sebagai Agong.

Friday, October 9, 2015

Zeti. The Only One with Balls.

Bank Negara's statement:

Ref No : 10/15/06

Embargo : For immediate release

Statement on 1MDB

The Attorney General's decision with respect to the investigations on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) relates to Bank Negara Malaysia's recommendation to initiate criminal prosecution against 1MDB for breaches under the Exchange Control Act 1953 (ECA). It is to be noted that under the Federal Constitution, the decision to initiate criminal prosecution lies solely with the Attorney General.

As an investigative authority, the Bank is duty bound to conduct its investigations with the highest professional care and diligence. The Bank at all times expects full and accurate disclosure of information by applicants in considering any application under the ECA. On its part, the Bank concluded that permissions required under the ECA for 1MDB's investments abroad were obtained based on inaccurate or without complete disclosure of material information relevant to the Bank's assessment of 1MDB's applications.

Therefore, the Bank has revoked three permissions granted to 1MDB under the ECA for investments abroad totalling USD1.83 billion and also issued a direction under the Financial Services Act 2013 to 1MDB to repatriate the amount of USD1.83 billion to Malaysia and submit a plan to the Bank for this purpose.

The Bank will continue to extend its full cooperation to ongoing investigations by the Royal Malaysia Police and the Malaysia Anti-Corruption Commission.

Bank Negara Malaysia 09 October 2015

AG Kapchai

Adakah ini tatacaranya peguam negara kita? Adakah ini tindakan yang sewajarnya keatas suatu kes besar, yang kini diperhatikan dengan terperincinya diseluruh dunia? Dimana seorang peguam negara dengan tiba tiba telah membuat satu keputusan tanpa membentangkan dengan teliti akan siasatan yang telah dilakukan, keatas siapakah siasatan yang telah dilakukan itu, termasuklah bukti bukti penuh yang membuatkan beliau mengambil keputusan bahawa tiada kesalahan yang telah didapati dilakukan oleh pihak 1MDB. Walaupun telah didapati terdapat tindakan dan perkara perkara yang mencurigakan oleh pihak Bank Negara dan juga pihak SPRM sendiri. Adakah peguam negara ini mengingatkan yang rakyat sebegitu bodoh dan tidak boleh memahami ataupun  membuat keputusan tersendiri berkait dengan hal hal sebegini. Ternyatalah bahawa yang bodoh itu adalah AG ini sendiri. Janganlah mengingatkan bahawa rakyat tidak tahu akan kedudukan beliau yang sebenarnya, iaitu sebagai seorang boneka kerajaan, ataupun pak turut, yang hanya diperlukan untuk   menggunakan kuasa yang  diberikan itu untuk  memutarbelitkan keadaan, dan seboleh bolehnya melindungi dengan apa cara sekali pun, bossnya yang mana telah memberikan beliau jawatan yang didudukinya itu. Ternyatalah kedudukan peguam tertinggi dinegara ini sekarang tidak mempunyai apa apa nilai pun didalam pembentukan sebuah negara yang adil dan saksama.  

http://news.yahoo.com/malaysias-attorney-general-defends-govt-over-fund-scandal-102824601.html

Thursday, October 1, 2015

Propaganda Media Perdana

Tujuan utama media masa tv dan suratkabar, ataupun yang lebih dikenali sebagai media arus perdana seperti TV3, Utusan, The Star dan sebagainya, adalah untuk mengalih atau mengubah persepsi dan pendapat orang awam terhadap kerajaan yang memerintah. "Biarkanlah mereka ini sibuk dengan hal hal mereka saja, asalkan jangan mengganggu "kita" (dimana "kita" disini bermaksud orang orang besar yang dilantik oleh kerajaan). Biarkanlah mereka ini lalai dan hanya mementingkan perkara perkara remeh saja, seperti skandal artis, penyanyi diakademi fantasia, pasukan bolasepak EPL, hal hal keugamaan dan sebagainya. Apa pun, asalkan ianya bukanlah sesuatu yang serius, sesuatu yang berkait dengan cara pengendalian, pentadbiran ataupun masaalah negara kita ini. Itu semua adalah permainan untuk orang orang besar sahaja, orang orang yang "smart". Biarkan "kita" saja yang menguruskannya.

Ini adalah disebabkan oleh pihak kerajaan yang hanya menganggapkan rakyatnya, ataupun sebilangan besar daripadanya, sebagai mereka yang "ignorant", mereka yang kurang akal, tidak memahami akan cara cara pentadbiran ataupun sebagai orang luar, yang hanya suka untuk menyibuk sahaja, menyusahkan pihak yang mentadbir. Sememangnya pihak yang memerintah ini juga tidak mahu rakyat dilihat sehingga diperingkat umum, membantah akan apa apa salahlaku pentadbirannya, kerana mereka ini tidak layak dan hanya akan menimbulkan pelbagai masaalah sahaja.

Tugas sebenar rakyat pada mereka ini, hanyalah sebagai "spectator" (pemerhati) dan bukannya sebagai "participant" (peserta). Mereka ini dibenarkan empat, lima tahun sekali untuk mengundi, supaya dapat jugalah mereka merasakan yang diri mereka ini kononnya "participate" didalam tatacara demokrasi, memilih salah seorang daripada orang orang besar atau orang orang yang dianggapkan "smart" ini. Kemudian bolehlah mereka kembali semula kepada kerja asal mereka, akademi fantasia mereka, bolasepak atau drama cinta mereka, dan hidup hanya sebagai seorang pemerhati, dan bukannya sebagai "participant", sepertimana dinegara yang mengamalkan ideologi demokrasi yang tulin.

Sambil itu, mereka yang digelar sebagai "participant" ini pula, adalah mereka yang terdiri daripada golongan orang orang yang kononnya bertanggung jawab, yang patuh dan akur hanya kepada pemerintah, yang melantik mereka, yang memberikan mereka kemewahan dan social status yang tinggi. Ini termasuklah editor suratkabar, CEO syarikat tv dan media, producer drama dan juga berita. Mereka yang "smart" inilah yang juga bertanggungjawab menyalurkan suara halus, penuh penipuan dan juga propaganda pihak pemerintah. Semuanya bertujuan untuk mengubah akan persepsi dan pendapat rakyat jelata supaya menyokong dan menyebelahi pihak kerajaan. Tak kiralah sama ada kerajaan yang memerintah ini membuat apa apa kesalahan ataupun tindakan yang merugikan rakyat sekalipun. Mereka akan cuba sedaya-upaya memutarbelitkan sesuatu situasi itu demi untuk menampakkan kebenaran kepada apa yang tidak. Ataupun meletakkan perkara sulit yang mereka lakukan dibawah satu akta rahsia, supaya ianya tidak diketahui umum. Malahan, amat mudah sekali bagi kerajaan yang memerintah ini untuk melakukan jenayah apabila ianya dibantu oleh mereka mereka yang berteduh dibawah payung arus perdana ini.

Kepada editor suratkabar ataupun penyelenggara website yang membangkang ataupun yang cuba untuk menyebarkan apa apa salahlaku pihak pemerintah, mereka ini pula akan ditangkap dibawah satu akta hasutan. Ataupun website mereka, seperti apa yang telah berlaku pada The Sarawak Report di"banned"kan. Ternyatalah kerajaan amat gentar sekali sekiranya jenayah yang mereka lakukan terbongkar dan diketahui umum. Penyelewengan yang membabitkan jutaan duit rakyat secara tak langsung telah menjadi kebiasaan, malah menjadi satu budaya pula kepada ahli ahli politik Barisan Nasional yang memerintah negara ini, sejak dari dulu lagi. Mereka ini bagaikan kebal, tidak boleh dijatuhkan, sekalipun dengan bukti bukti yang amat ketara sekalipun. Ini disebabkan oleh kuasa yang mereka miliki mengawal setiap peringkat pentadbiran kerajaan termasuklah pihak polis, badan kehakiman, peguam negara dan sebagainya.

Mereka juga boleh memberikan apa apa alasan atas tindakan mereka dan ternyata akan mendapat sokongan penuh penyokong penyokong supremasis Melayu mereka. Kerana apa yang penting bukanlah sebenarnya tindakan salahlaku pemerintah ataupun soal wang yang disonglap tetapi lebih kepada pengekalan kuasa bangsa Melayu sepenuhnya didalam hal hal pentadbiran dan pemerintahan dinegara ini. Malah kebanyakkan orang orang Melayu ini masih lagi menganggapkan bahawa parti inilah satu satunya yang kononnya memihak dan akan sentiasa melindungi dan menjamin akan hak mereka sebagai kaum yang lebih "superior" dinegara ini.

Akibat daripada pemerintahan satu parti dinegara ini sejak daripada kemerdekaan lagi, penyokong Barisan Nasional terutamanya parti Melayu UMNO mempunyai sikap waswas, merasakan ketidaktentuan sekiranya negara ini diperintah oleh pihak yang kini membangkang. Tambahan apabila kuasa memerintah dikongsi bersama bangsa bangsa lain. Ini adalah akibat daripada kebiasaan rakyat Melayu pada pemerintahan beraja Melayu dimana kepimpinannya mempunyai hak mutlak keatas segala apapun dibawah tahtanya dan warisan pula dipilih hanya dari kalangan kerabat ataupun golongan bangsawan. Sikap dan pemikiran yang berasaskan feudalisma ini jugalah yang menyebabkan mereka sanggup untuk menutup sebelah mata, membiarkan jenayah dan penyelewengan oleh kerajaan ini berterusan; asalkan pemerintahan negara kekal ditangan orang Melayu sahaja. Ternyatalah ini juga adalah satu tanggapan songsang yang tidak lagi releven dizaman sekarang.

Mujurlah dengan adanya internet, pihak kerajaan tidak lagi boleh menguasai dengan sepenuhnya segala imformasi rekaan mereka yang cuba disalurkan kepada rakyat dan orang awam. Rakyat pun semakin faham dan mula menyedari akan penyelewengan yang sering dilakukan oleh kerajaan BN ini. Malah banyak berita berita didalam internet sekarang termasuklah akhbar luar negara yang menunjukkan bukti2 jelas akan jenayah yang kini dilihat sering dilakukan oleh pentadbir dan pegawai tinggi kerajaan. Contohnya sepertimana yang berlaku dengan dakwaan korupsi syarikat 1MDB, termasuklah penglibatan Perdana Menteri kita sendiri yang nyata menunjukkan ketidakperihatinan mereka2 ini didalam menyelenggarakan hak2 rakyat, jesteru menambahkan lagi kesusahan dan memberikan impak yang negatif kepada cara hidup masyarakat secara keseluruhanya.