Monday, September 1, 2014

MAS Dan Pentadbiran Tanpa Tanggung Jawab.

- Kegagalan MAS sebagai salah satu syarikat yang diuruskan oleh pihak kerajaan adalah satu perkara yang sungguh memalukan walaupun ianya tidak langsung dapat dilihat dimuka muka mereka yang diberikan tanggungjawab mengurus syarikat tersebut.

- Walaupun kos kerugian bulanan telah diketahui seawal dua tahun lepas, pihak pengurusan bagaikan melepas tangan sahaja, dan membiarkan virus kansernya melarat sehinggalah kesituasi kritikal yang kita lihat sekarang.

- Kos yang diperlukan untuk membina semula Mas adalah berjumlah sekitar RM 6 billion. Keputusan Datu Seri Najib untuk membiayai kos itu dengan menggunakan dana rakyat adalah satu lagi kesilapan besar dari pihak pemerintah.

-  Setelah apa yang terjadi kepada banyak syarikat syarikat atau koperasi besar yang telah diuruskan oleh kerajaan pemerintah ini, adakah mereka masih dilihat sebagai layak untuk membuat keputusan seperti yang telah dibuat didalam kes MAS itu?

- Adakah rakyat dinegara ini memberikan kerestuan mereka kepada kerajaan pemerintah ini untuk membuat keputusan keputusan besar yang melibatkan hal kewangan yang ternyata adalah hak milik mereka? 

- Adakah pihak pemerintah cuba mengecilkan tanggungjawab mereka dengan membuat keputusan keputusan penting sebegini dimasa masa perayaan supaya rakyat tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap masaalah ini?

- Bukanlah lebih baik sekiranya keputusan yang melibatkan jumlah perbelanjaan yang tinggi ini, diperdebatkan untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik bukan saja untuk MAS tetapi juga untuk pekerja pekerjanya yang kini tergantung nafkahnya?

- Adakah pihak pemerintah akan mengambil apa apa tindakkan terhadap mereka yang bertanggung jawab terutamanya kepada pihak pentadbir atau bahagian pengurusan yang ternyata cuai dalam menangani masaalah kewangan yang sepatutnya ditangkas diperingkat awal lagi?