Friday, October 9, 2015

AG Kapchai

Adakah ini tatacaranya peguam negara kita? Adakah ini tindakan yang sewajarnya keatas suatu kes besar, yang kini diperhatikan dengan terperincinya diseluruh dunia? Dimana seorang peguam negara dengan tiba tiba telah membuat satu keputusan tanpa membentangkan dengan teliti akan siasatan yang telah dilakukan, keatas siapakah siasatan yang telah dilakukan itu, termasuklah bukti bukti penuh yang membuatkan beliau mengambil keputusan bahawa tiada kesalahan yang telah didapati dilakukan oleh pihak 1MDB. Walaupun telah didapati terdapat tindakan dan perkara perkara yang mencurigakan oleh pihak Bank Negara dan juga pihak SPRM sendiri. Adakah peguam negara ini mengingatkan yang rakyat sebegitu bodoh dan tidak boleh memahami ataupun  membuat keputusan tersendiri berkait dengan hal hal sebegini. Ternyatalah bahawa yang bodoh itu adalah AG ini sendiri. Janganlah mengingatkan bahawa rakyat tidak tahu akan kedudukan beliau yang sebenarnya, iaitu sebagai seorang boneka kerajaan, ataupun pak turut, yang hanya diperlukan untuk   menggunakan kuasa yang  diberikan itu untuk  memutarbelitkan keadaan, dan seboleh bolehnya melindungi dengan apa cara sekali pun, bossnya yang mana telah memberikan beliau jawatan yang didudukinya itu. Ternyatalah kedudukan peguam tertinggi dinegara ini sekarang tidak mempunyai apa apa nilai pun didalam pembentukan sebuah negara yang adil dan saksama.  

http://news.yahoo.com/malaysias-attorney-general-defends-govt-over-fund-scandal-102824601.html