Thursday, October 1, 2015

Propaganda Media Perdana

Tujuan utama media masa tv dan suratkabar, ataupun yang lebih dikenali sebagai media arus perdana seperti TV3, Utusan, The Star dan sebagainya, adalah untuk mengalih atau mengubah persepsi dan pendapat orang awam terhadap kerajaan yang memerintah. "Biarkanlah mereka ini sibuk dengan hal hal mereka saja, asalkan jangan mengganggu "kita" (dimana "kita" disini bermaksud orang orang besar yang dilantik oleh kerajaan). Biarkanlah mereka ini lalai dan hanya mementingkan perkara perkara remeh saja, seperti skandal artis, penyanyi diakademi fantasia, pasukan bolasepak EPL, hal hal keugamaan dan sebagainya. Apa pun, asalkan ianya bukanlah sesuatu yang serius, sesuatu yang berkait dengan cara pengendalian, pentadbiran ataupun masaalah negara kita ini. Itu semua adalah permainan untuk orang orang besar sahaja, orang orang yang "smart". Biarkan "kita" saja yang menguruskannya.

Ini adalah disebabkan oleh pihak kerajaan yang hanya menganggapkan rakyatnya, ataupun sebilangan besar daripadanya, sebagai mereka yang "ignorant", mereka yang kurang akal, tidak memahami akan cara cara pentadbiran ataupun sebagai orang luar, yang hanya suka untuk menyibuk sahaja, menyusahkan pihak yang mentadbir. Sememangnya pihak yang memerintah ini juga tidak mahu rakyat dilihat sehingga diperingkat umum, membantah akan apa apa salahlaku pentadbirannya, kerana mereka ini tidak layak dan hanya akan menimbulkan pelbagai masaalah sahaja.

Tugas sebenar rakyat pada mereka ini, hanyalah sebagai "spectator" (pemerhati) dan bukannya sebagai "participant" (peserta). Mereka ini dibenarkan empat, lima tahun sekali untuk mengundi, supaya dapat jugalah mereka merasakan yang diri mereka ini kononnya "participate" didalam tatacara demokrasi, memilih salah seorang daripada orang orang besar atau orang orang yang dianggapkan "smart" ini. Kemudian bolehlah mereka kembali semula kepada kerja asal mereka, akademi fantasia mereka, bolasepak atau drama cinta mereka, dan hidup hanya sebagai seorang pemerhati, dan bukannya sebagai "participant", sepertimana dinegara yang mengamalkan ideologi demokrasi yang tulin.

Sambil itu, mereka yang digelar sebagai "participant" ini pula, adalah mereka yang terdiri daripada golongan orang orang yang kononnya bertanggung jawab, yang patuh dan akur hanya kepada pemerintah, yang melantik mereka, yang memberikan mereka kemewahan dan social status yang tinggi. Ini termasuklah editor suratkabar, CEO syarikat tv dan media, producer drama dan juga berita. Mereka yang "smart" inilah yang juga bertanggungjawab menyalurkan suara halus, penuh penipuan dan juga propaganda pihak pemerintah. Semuanya bertujuan untuk mengubah akan persepsi dan pendapat rakyat jelata supaya menyokong dan menyebelahi pihak kerajaan. Tak kiralah sama ada kerajaan yang memerintah ini membuat apa apa kesalahan ataupun tindakan yang merugikan rakyat sekalipun. Mereka akan cuba sedaya-upaya memutarbelitkan sesuatu situasi itu demi untuk menampakkan kebenaran kepada apa yang tidak. Ataupun meletakkan perkara sulit yang mereka lakukan dibawah satu akta rahsia, supaya ianya tidak diketahui umum. Malahan, amat mudah sekali bagi kerajaan yang memerintah ini untuk melakukan jenayah apabila ianya dibantu oleh mereka mereka yang berteduh dibawah payung arus perdana ini.

Kepada editor suratkabar ataupun penyelenggara website yang membangkang ataupun yang cuba untuk menyebarkan apa apa salahlaku pihak pemerintah, mereka ini pula akan ditangkap dibawah satu akta hasutan. Ataupun website mereka, seperti apa yang telah berlaku pada The Sarawak Report di"banned"kan. Ternyatalah kerajaan amat gentar sekali sekiranya jenayah yang mereka lakukan terbongkar dan diketahui umum. Penyelewengan yang membabitkan jutaan duit rakyat secara tak langsung telah menjadi kebiasaan, malah menjadi satu budaya pula kepada ahli ahli politik Barisan Nasional yang memerintah negara ini, sejak dari dulu lagi. Mereka ini bagaikan kebal, tidak boleh dijatuhkan, sekalipun dengan bukti bukti yang amat ketara sekalipun. Ini disebabkan oleh kuasa yang mereka miliki mengawal setiap peringkat pentadbiran kerajaan termasuklah pihak polis, badan kehakiman, peguam negara dan sebagainya.

Mereka juga boleh memberikan apa apa alasan atas tindakan mereka dan ternyata akan mendapat sokongan penuh penyokong penyokong supremasis Melayu mereka. Kerana apa yang penting bukanlah sebenarnya tindakan salahlaku pemerintah ataupun soal wang yang disonglap tetapi lebih kepada pengekalan kuasa bangsa Melayu sepenuhnya didalam hal hal pentadbiran dan pemerintahan dinegara ini. Malah kebanyakkan orang orang Melayu ini masih lagi menganggapkan bahawa parti inilah satu satunya yang kononnya memihak dan akan sentiasa melindungi dan menjamin akan hak mereka sebagai kaum yang lebih "superior" dinegara ini.

Akibat daripada pemerintahan satu parti dinegara ini sejak daripada kemerdekaan lagi, penyokong Barisan Nasional terutamanya parti Melayu UMNO mempunyai sikap waswas, merasakan ketidaktentuan sekiranya negara ini diperintah oleh pihak yang kini membangkang. Tambahan apabila kuasa memerintah dikongsi bersama bangsa bangsa lain. Ini adalah akibat daripada kebiasaan rakyat Melayu pada pemerintahan beraja Melayu dimana kepimpinannya mempunyai hak mutlak keatas segala apapun dibawah tahtanya dan warisan pula dipilih hanya dari kalangan kerabat ataupun golongan bangsawan. Sikap dan pemikiran yang berasaskan feudalisma ini jugalah yang menyebabkan mereka sanggup untuk menutup sebelah mata, membiarkan jenayah dan penyelewengan oleh kerajaan ini berterusan; asalkan pemerintahan negara kekal ditangan orang Melayu sahaja. Ternyatalah ini juga adalah satu tanggapan songsang yang tidak lagi releven dizaman sekarang.

Mujurlah dengan adanya internet, pihak kerajaan tidak lagi boleh menguasai dengan sepenuhnya segala imformasi rekaan mereka yang cuba disalurkan kepada rakyat dan orang awam. Rakyat pun semakin faham dan mula menyedari akan penyelewengan yang sering dilakukan oleh kerajaan BN ini. Malah banyak berita berita didalam internet sekarang termasuklah akhbar luar negara yang menunjukkan bukti2 jelas akan jenayah yang kini dilihat sering dilakukan oleh pentadbir dan pegawai tinggi kerajaan. Contohnya sepertimana yang berlaku dengan dakwaan korupsi syarikat 1MDB, termasuklah penglibatan Perdana Menteri kita sendiri yang nyata menunjukkan ketidakperihatinan mereka2 ini didalam menyelenggarakan hak2 rakyat, jesteru menambahkan lagi kesusahan dan memberikan impak yang negatif kepada cara hidup masyarakat secara keseluruhanya.