Friday, November 21, 2014

Punca Tragedi Banjir Lumpur Lembah Bertam, Cameron Highland



"Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "(QS. Ar-Rum: 41).

Kepentingan dan perhatian terhadap alam sekitar sememangnya tidak diprioritaskan oleh masyarakat yang kononnya menuju kearah modernisation ini. Ecosystem yang ternyata perfect, ciptaan Tuhan dipermainkan, diubahsuaikan demi untuk menambah poket poket mereka yang telah diamanahkan untuk menjaga sesuatu kawasan tersebut.

Orang Melayu yang hanya mementingkan kebersihan diri dari segi physical (seperti yang dapat dilihat pada isu sentuh anjing), kebersihan hati dan jiwa, kebersihan makanan mereka (halal), kebersihan kawasan rumah mereka, dapat dilihat sendiri, tidak dapat menjaga kebersihan naluri manusia itu sendiri.

Malah mereka langsung tidak mementingkan akan kebersihan bumi yang dikurniakan Tuhan ini, ataupun menghormati segala kehidupan yang ada didalamnya.

Orang Melayu yang pernah digelar nature's gentleman oleh orang British satu ketika dahulu kini telah menjadi seperti penjajahnya, berfikiran seperti penjajahnya, yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengeksploitasikan tanah tanah yang ada dibumi suci ini, kononnya ianya dapat memberi kebahagiaan didalam hidup mereka.


@aidyadnan